Belajar dan Praktik XLOOKUP (Bandingkan dengan VLOOKUP)
Sebagai seorang yang baru belajar ke arah data analyst, salah satu kemahiran asas yang penting ialah kebolehan memadankan data dari jadual yang berbeza. Dalam Excel, fungsi yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah VLOOKUP atau XLOOKUP. Dalam entri blog ini, saya akan berkongsi: Apa itu VLOOKUP dan XLOOKUP? Beza antara kedua-duanya Bagaimana saya praktis XLOOKUP dari sudut pemikiran data analyst. Apa itu VLOOKUP? VLOOKUP (Vertical Lookup) ialah fungsi dalam Microsoft Excel yang digunakan untuk mencari nilai tertentu dalam column pertama sesuatu jadual, kemudian memaparkan maklumat berkaitan dari column lain pada baris yang sama. Bayangkan kita adalah seorang Data Analyst. Sebagai seorang Data Analyst, tugas utama kita bukan sekadar menaip data, tetapi menyelesaikan masalah menggunakan data. Bayangkan ada beribu-ribu baris data jualan, dan bos bertanya, "Berapa harga barang untuk kod produk ABC?". Tak kan nak cari satu persatu, kan. Antara contoh yang lain, bos akan suruh k...

